WELCOME NEW YEAR
Di sebalik sesuatu kejayaan pasti ada
pengorbanan yang tidak perlu diheboh..
Menjadi orang di belakang tabir lebih mulia dari menjadi orang di hadapan kerana sesuatu perkara yang dinamakan keberkatan bermula dengan niat yang suci tanpa perlu membangga diri..
#goodjobmarianakaubuatkeputusanbetul
#jadidirisendiribukankuihtepungtalam😄
#salahsatuazam2019
NUKILAN
Annamariana1989
AKU ADALAH AKU
Bertahun lamanya..
Hari ini kau hadir didalam mimpi..
Berbaju kurung bertudung biru..
Entah kenapa..
Pandangan matamu menikam jiwa..
Sayu..
Pilu..
Kau cuba menahan airmata..
Sambil menghulurkan sekuntum mawar hijau kepadaku..
Mungkin ego..
Mungkin marah..
Mungkin terluka..
Mungkin terkilan..
Mungkin terasa..
Aku tetap berlalu pergi
Tanpa sepatah kata..
Tanpa sebaris senyaman..
Tanpa sekelumit belas kasihan..
Aku adalah aku..
Mana mungkin aku menjadi kau..
Mana mungkin aku menjadi siapa2..
NUKILAN
Annamariana1989
ANTARA KAWAN DAN SAHABAT
Jangan sesekali kita berasa sedih kerana telah membuang manusia2 yang tidak layak digelar 'KAWAN' kerana akan ada manusia2 yang jauh lebih sempurna di hadapan menunggu kita.. Tetapi berasa sedihlah jika kita kehilangan insan yang bergelar 'SAHABAT' kerana kita telah kehilangan seorang keluarga didalam kehidupan kita..
Kawan datang dan pergi..
Tetapi Sahabat akan setia disisi kita 😇
#sayasudahandabilalagi😝
NUKILAN
Annamariana1989
KADANG - KADANG
Kadang2 aku terlupa siapa aku..
Kadang2 aku terlupa siapa kau..
Kadang2 aku terlupa siapa dia..
Kadang2 aku terlupa siapa mereka..
Kadang2 aku terlupa siapa kita..
Kadang2 aku terlupa siapa kami..
Kadang2 aku terlupa siapa siapa..
Maaf jika suatu masa nanti nama kamu tiada dalam senarai hidup aku kerana aku bukan siapa2 lagi..
#rombakkanbesarbesaran
#maafjikaterdelete
#menujutahun2019
NUKILAN
Annamariana1989
DUGAAN SEMALAM
Kadang2 kau lupa untuk bersyukur dugaan semalam dengan rezeki hari ini yang kau genggam..
Kadang2 kau lupa untuk berterima kasih kelukaan semalam dengan nikmat yang kau kecapi hari ini..
Kadang2 kau lupa untuk menghargai doa insan yang selama ini telah kau
anggap tiada nilainya..
#jauhperjalanandihadapan
#hargaimerekayangsetiadisisi
NUKILAN
Annamariana1989
HAPPY BIRTHDAY MY BFF
Jatuh dan bangan telah kita tempuhi bersama..
Ketawa dan menangis telah kita harungi bersama..
Sakit dan terluka telah kita alami bersama..
Kecewa dan marah telah kita hadapi bersama..
Separuh hampir sudah perjalanan hidup kita bersama..
Kita kenal siapa kawan..
Kita kenal siapa lawan..
Kita kenal apa itu persahabatan..
Kita kenal apa itu permusuhan..
Dan pada hari ini usiamu meningkat ke 1 angka..
Dimana berpuluh2 tahun dahulu kamu lahir ke dunia..
Doa dan harapan ku hanyalah kamu selalu ada menjadi sahabat terbaik dalam hidup aku..
Semoga segala kebaikkan mengiringi setiap langkah kakimu..
Terima kasih kerana sentiasa 'ADA' bersama2 menempuhi adat resam dunia..
Terima kasih untuk segalanya 'SAHABAT'..
Always Love U BFF💕
SELAMAT HARI LAHIR BFF 😘
NUKILAN
Annamariana1989
Subscribe to:
Posts (Atom)