RSS
Container Icon

KADANG - KADANG

Kadang2 aku terlupa siapa aku..
Kadang2 aku terlupa siapa kau..
Kadang2 aku terlupa siapa dia..
Kadang2 aku terlupa siapa mereka..
Kadang2 aku terlupa siapa kita..
Kadang2 aku terlupa siapa kami..
Kadang2 aku terlupa siapa siapa..
Maaf jika suatu masa nanti nama kamu tiada dalam senarai hidup aku kerana aku bukan siapa2 lagi..
#rombakkanbesarbesaran
#maafjikaterdelete
#menujutahun2019

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DUGAAN SEMALAM

Kadang2 kau lupa untuk bersyukur dugaan semalam dengan rezeki hari ini yang kau genggam..
Kadang2 kau lupa untuk berterima kasih kelukaan semalam dengan nikmat yang kau kecapi hari ini..
Kadang2 kau lupa untuk menghargai doa insan yang selama ini telah kau
 anggap tiada nilainya..
#jauhperjalanandihadapan
#hargaimerekayangsetiadisisi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HAPPY BIRTHDAY MY BFF



Jatuh dan bangan telah kita tempuhi bersama..
Ketawa dan menangis telah kita harungi bersama..
Sakit dan terluka telah kita alami bersama..
Kecewa dan marah telah kita hadapi bersama..
Separuh hampir sudah perjalanan hidup kita bersama..
Kita kenal siapa kawan..
Kita kenal siapa lawan..
Kita kenal apa itu persahabatan..
Kita kenal apa itu permusuhan..
Dan pada hari ini usiamu meningkat ke 1 angka..
Dimana berpuluh2 tahun dahulu kamu lahir ke dunia..
Doa dan harapan ku hanyalah kamu selalu ada menjadi sahabat terbaik dalam hidup aku..
Semoga segala kebaikkan mengiringi setiap langkah kakimu..
Terima kasih kerana sentiasa 'ADA' bersama2 menempuhi adat resam dunia..
Terima kasih untuk segalanya 'SAHABAT'..
Always Love U BFF💕
SELAMAT HARI LAHIR BFF 😘



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RINDU IBU

Pada pandangan mata kasar tiada apa2 yang pelik kan disini..
Tapi pada aku disini adalah kenangan terakhir aku bersamanya..

Kenangan terakhir aku melihatnya..
Kenangan terakhir aku menyentuh kamu..
Kenangan terakhir aku mencium kamu..
Kenangan terakhir aku membuat segalanya untuk kamu..
Kenangan terakhir aku melihat wajah kamu..
Kenangan terakhir kamu disini sebelum dibawa keluar dari tempat ini selamanya..
Penuh mata2 memandang aku tetapi tidak sedikit pon aku malu memperlihatkan tangisan itu..
Tiada siapa mampu mengerti seberat apa yang aku tanggungi tika itu..
Biarpon beribu pelukan sokongan datang memberi hanya senyuman palsu mampu ku ukir..
Sabar !
Kuat !
Redha !
Itu kalimah diulang semua tapi hati ini bukan sekuat gunung ganang mahupon lautan api..
Hanya yang mengalami mampu mengerti situasi ini..
Hari ini..
Genap 2 tahun 18 hari berlalu sudah..
#adikrindumak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIME FOR CHANGE

Pandang kehadapan..
Genggam apa yang baik..
Buang apa yang buruk..
Ada dengan yang ada..
Yang Pergi biarkan saja..
Hidup adalah 1 perjuangan..
Mara ke hadapan untuk kemenangan..
Salam Maal Hijrah 1440..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAGGI RAMEN 2X SPICY

Kadang2 aku diam ni sebab aku takut..
Bukan takut nak berbalah..
Bukan takut nak berkata-kata..
Bukan takut bermain kata..
Sebab aku takut segala perkataan yang keluar dari mulut aku ni sepedass maggi ramen 2x spicy..
CHILLLLL😘
Gurau senda petang😂
Maggi tinggal 2x ngap baru teringat nak snap pic..
Apa2 pon hakak berjaya habiskan maggi ni bukan sekali tapi berkali2 dah hakak makan 😅

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAYANG-BAYANG

Sesekali jadilah bayang2 kehidupan seseorang..
Jangan duduk dan melihat tanpa berjalan seiring dengannya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OUT

Mara terus ke hadapan saat ini..
Tak perlu menoleh ke belakang lagi..
Apa didepan itulah realiti..
Apa yang tertulis itulah hakiki..
Usaha sendiri bukti kekuatan diri..
Jika gagal jangan menangis menyesali..
Tetapi belajar menerima kelemahan sendiri..
Tanpa menyalahkan sesiapa disisi..
Usaha, doa ,tawakal kepada ilahi..
Inshaallah, pasti dikabuli..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERIMA KASIH

Bila melangkah aku akan pastikan pandang tepat ke hadapan..
Berusaha perolehi apa itu erti kejayaan..
Menentang apa itu erti kekalahan..
Bukan tidak pernah rasai erti kesakitan..
Tetapi terlalu banyak pengalaman dijadikan pengajaran..
Kehilangan demi kehilangan..
Namun aku tetap bangkit melawan arus keadaan..
Bukan mendabik dada kesenangan..
Tetapi mengajar diri erti perjuangan bersendirian..
#TerimaKasihSemuaYangMasihSetiaDisisi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEBULAN SUDAH

Cukup sebulan berlalu lah sudah 5 january 2018..
Mood baru..
Azam baru..
Sentiasa ada dengan insan2 yang berada disisi..
Terus buang insan2 yang berlalu pergi..
Hidup ini mudah..
Kamu ada..
Aku ada..
Kamu pergi..
Aku pergi..
Simple😘
Come on..
Ini 2018😎

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MY POPULAR POST