RSS
Container Icon

perlancaran album all your love.. siti nurhaliza..

Setelah 15 tahun Dato Siti Nurhaliza berada didalam dunia muzik tanah air, akhirnya Dato Siti Nurhaliza berjaya juga melancarkan album Inggeris pertamanya yang berjudul “All Your Love” di Shooks, Starhill Gallery, petang semalam,.. Album terbaru Dato Siti Nurhaliza ni di terbitkan oleh What’s Up Entertainment yang juga milik Adib Khalid, anak tiri Dato Siti Nurhaliza sendiri…

Album inggeris pertama Dato Siti Nurhaliza, ‘All Your Love’ ni turut menampilkan nama-nama hebat dalam industri muzik antarabangsa seperti Sean Kingston, Bryan B, Richard Furch, Eddie Schreyer dan ramai lagi… Album ‘All Your Love’ dengarnya sudah terjual hampir 3,000 unit sejak ianya di pasaran pada 24 September yang lalu… Wah.. harap-harap lepas pelancaran album terbaru Dato Siti Nurhaliza ni makin banyak la albumnya terjual kan.. Bagi sesiapa yang belum beli lagi.. baik cepat-cepat dapatkan dipasaran sebelum sold out..

Apa-apa pun jom kita layan dulu video Dato Siti Nurhaliza menyanyikan lagu ‘Falling In Love’ dan ‘Remember You’ semasa pelancaran album ‘All Your Love’....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST