RSS
Container Icon

Siti Nurhaliza Berduet Dengan Rockstar Islam, Sami Yusuf


(sumber : gua.com.my)
Siti Nurhaliza Berduet Dengan Rockstar Islam, Sami Yusuf
Kongsi Article Ini:
 25 Share44 
 

Nama besar dalam industri muzik Islam dunia, Sami Yusuf bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 14 Julai depan. Mempunyai kelompok peminat sebanyak 2 billion, Sami Yusuf bakal menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam bersempena dengan ‘Konsert Salaam Sami Yusuf’ yang dianjurkan oleh Offshore Entertainment Production Sdn Bhd.
“Ia satu penghormatan besar buat saya untuk berada di Malaysia kerana sudah lama saya ingin datang ke sini. InsyaAllah, saya akan tampilkan persembahan yang istimewa dan menarik khas untuk anda semua. Konsert dengan 18 buah lagu ini juga mempunyai banyak kejutan di mana saya ingin membuat sesuatu yang akan diingati oleh hadirin yang datang. InsyaAllah, ia akan jadi sebuah konsert yang menakjubkan,” ujar Sami Yusuf ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam pada masa yang sama, penyanyi serta komposer yang menerima jolokan ‘Islam’s Biggest Rockstar’ ini turut bakal melancarkan album keempatnya, ‘Salaam’. Menariknya, antara 18 buah lagu yang terkandung dalam album tersebut, salah satunya merupakan lagu duet Sami bersama penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza, ‘You Came To Me’.
“Saya rasa berbesar hati dapat berduet dengan Siti kerana dia seorang yang sangat berbakat. Saya juga gembira kerana dapat bekerjasama dengan beliau dalam album terbaru saya ini. Saya memilih beliau kerana selain seorang artis yang terbaik, beliau juga mempunyai vokal yang bagus, indah dan memukau.
“Saya tidak berapa gemar berduet, tapi bila saya lakukannya, saya akan pastikan orang yang berduet dengan saya ini berkongsi nilai dan idea yang sama dengan saya. Saya harap kolaborasi ini dapat membuahkan hasil dan diberkati, InsyaAllah,”ujar Sami yang baru saja selesai menjalani rakaman lagu tersebut bersama Dato’ Siti, Sabtu lalu.
Bagi Dato’ Siti pula, “Saya begitu teruja dapat melaksanakan duet bersama Sami. Mereka telah menawarkan kepada saya sejak beberapa bulan lalu dan saya memang teruja untuk berkolaborasi dengan Sami. Lagu beliau menjadi sumber rohani dan inspirasi buat semua orang dan saya harap, masyarakat Malaysia dapat hadir ke konsert beliau nanti.”
‘You Came To Me’ menampilkan gabungan lirik Inggeris, Bahasa Melayu dan Arab. Bagi mereka yang ingin mendengar lagu duet Sami dan Siti, jangan ketinggalan untuk menyaksikan ‘Konsert Salaam Sami Yusuf’ yang bakal berlangsung pada 14 Julai 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam. Info tiket akan diberitahu kelak oleh pihak penganjur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Rizal Uye said...

yang juludnya you came to me ya, aku dah dapet neh lagunya

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST