RSS
Container Icon

KUSUS X-RANJAU DI ULU LEGONG, BALING

Salam semua...
Walaupon x ramai yang baca entri aku ni tp aku tetap nk update jugak...hehehhe...
x kisah la, janji ini pon boleh  aku  jadikan diari  aku ...heheheh...
Ok, hari ni aku nak cerita mengenai kusus Ex-Ranjau yang  aku  g baru2 ni pada 15 jun sampai 17 jun 2012... Hehehhe, memang kami kena ranjau sungguh2 la.. Nak tau kenapa?? Hah, ni nak cerita la ni....
Mulanya gini,pegawai aku  masuk ja keja terus datang kat aku dan aku pon ingat dia nk marah aku hal kja ke pa ke tp tiba2 dia terus gtau "mariana, jumaat ni g kusus tau"... Aku pon terus diam dan blur tp sempat lg la tya "brapa hari tuan?".. Dia jawab "x lama 3 hari ja".. Mulanya aku bengang la jugak...Memandai ja taruh nama aku tanpa persetujuan aku... Tapi akau tya pada kawanku Munirah "ni kusus untuk apa?"... Dia pon jawab "kusus untuk ASTP"..So, mau ke tak, rela ke tak, x sanggup ke tak kami di paksa pergi jugak.... Huh, perasaan berbelah bagi jugak la...Tapi kmi mesti sahut cabaran diorang... Dalam tempoh lagi 3 hari aku mulakan persiapan aku...Amik beg ,botol air, kasut dan byk lagi la... Tanggal 15 jun Pukul 4.30ptg kami bertolak ke Pulamed Seberang Perai Utara, Pulau Pinang..


Tepat pukul 5.00petang kami pon smpai la SPU.. Hmmm, check in bilik masing2... Selepas 2, kami makan malam pada pukul 7.00malam.. Selepas 2,kami dikejutkan dengan 'Urine Test' ... Pukul 9.30malam ,Kami mula dengan taklimat mengenai GIRN ,GPS&KOMUNIKASI seterusnya PEMBAHAGIAN KUMPULAN..

                  Taklimat punya taklimat sampai la ke pukul 5.00Pagi... Alamak, bilanya kami nak tidor ni...Tapi Timbalan kami bagi jugak la kami tidor dalam 1 Jam saja.. Aduh, blur jugak la time dengar arahan 2...Maknanya tepat pukul 5.50Pagi, semua kena terpacak di padang kawad... Hmmm, nak buat apa lagi, ni je la peluang kami nak rehatkan otak dan badan...Memang terlelap jugak la...


 Tepat 5.50Pagi kami siap berbaris dah kat padang kawad..Mandi n bersiap? Huh, jgn nk mimpi la sebab kami memang x sempat pon...Hahahahah...


Dalam dok berbaris tiba2 kami dikejutkan dengan 2 anggota jatuh pengsan.... Huh, terkejut dan panik jugak la kami semua.. Tapi xpa, Nama pon di Jabatan Pertahanan Awam jadi x perlulah semua risau....Kami ada orang2 medik yang TERBAEK punya...
Habis saja semua ni, kami mulakan dengan PT pagi oleh pegawai JPAM..Mungkin dia perasan muka2 kami semua letih... Dia tanya 1 soalan saja, 'Adakah kamu semua mengantuk?'... Dan kami dengan jujurnya menjawab 'Ya Tuan'... Hehehhe, nak tau apa yang dia suruh kamu buat? 
Ni tengok kat bawah ni.....

best gila time ni... 20 minit pon jadi la... =)

Seterusnya, kami mulakan PT  PAGI dengan lompat bintang...

                  Selepas 2, kami bersarapan dulu sebelum bergerak ke ULU LEGONG,BALING, KEDAH...Masa dalam bus tertido jgak la dekat sejam...Fuh, lega n rasa fresh skit dapat lena sejam lagi...Tepat pukul 10.00 pagi cam 2, kami pon sampai... Kami dipecahkan lokasi berbeza..Tapi, apa la malang nasib kumpulan kami iaitu kumpulan ECHO sampai ja terus kena denda pamping sebab kami terlewat smpai ke tapak perlepasan... 
1,2,3,4,5....

              Tepat pukul 11.00 Pagi maka berlepaslah kami menuju ke dalam hutan....Saat ni bermula pelbagai insiden yang lawak dan takut...macam2 la kalo nak cita..Apa yang pasti kami memang terlewat sampai checkpoint pertama sebab group kami memang jujur.. 120% kami memang guna jalan hutan..hikhikhik...Btoi, x tipu la... Tapi masa ni yang ada pon foto ni jew la yang dapat di rakam oleh pegawai kami....So,saya upload la k sebab kami memang x bergambar sangat..




Selesai saja di checpoint 1, Kami bergerak Ke Checkpoint 2...Soalan yang harus kami jawab ialah mengenai Nama2 Ikatan Tali... Kawan2ku dapat jawap 3 soalan saja dari 6 soalan yang diberikan... Pegawai Terpaksa denda kami... Hahahaha, PT50 (lompat bintang 50 Kali x 3 kali)..3 soalan salah bermakna melompat la kami sebanyak 150 KALI.. Masa ni semua blur dah...Yelah, dah la penat.. Rest pon x sempat, tetiba kena plak denda.. Demi semangat kami yang masih ada, kami pon mulakan sehingga salah sorang kawan kami minta rayuan supaya di ringankan hukuman kami.. Hehehhe, dah macam dalam mahkamah lak dah..
                     Berbalik pada minta kurangkan hukuman..Pegawai dengan berbaik hati telah meringankan hukuman kami... Fuh, selamat...Tapi dia bagi hukuman lain plak.. Caranya camni... Mula2 Duduk mencangkung, Tangan kanan masukkan dari bawah kemudian tarik telinga sendiri...Turun 10 kali... Xpe la, kami sanggup dr kena 150 kali lompat bintang..Apa pon terbaek la sebab Pegawai checkpoint 2 bagi muka sikit kat kami..Tq so much...Selesai denda, kami di beri taklimat...kali ni lagi mencabar, kami di haruskan ikut laluan ladang kelapa sawit dan pokok getah seterusnya kawasan pekuburan 'MEMALI'...Alahai, lemah semangat dah ni....Jam dah pukul 10malam...Rasa x terpijak dah tanah ni...Tapi kami tetap sahut cabaran diorang..
                       Jalan punya jalan, kami letih dah ni...Kami lepak jap kat tepi jalan... Sambil2 buka kasut sebab ada batu masuk dalam kasut dan x kurang jugak ada yang kena gigit dengan pacat... 2 termasuk ngan aku skali la...Hahahahha....Saat 2 Pegawai lalu, Hehehheheh... Kami Dapat Durian Runtuh... Maaflah sebab x dapat kongsi...Kami dah janji ngan dia utk rahsiakan benda ni.. Jalan punya jalan lagi sampai la kami di Checkpoint ke 3 iaitu kawasan perkuburan 'MEMALI'...

                       Selepas sampai, group kami mulakan tugas masak... Yang lawaknya, lelaki yang masak bukan kami yang perempuan ni... Hahahha... masak apanya, letih dah x terkira dah ni....Salah Sorang ahli kumpulan kami kena denda sebab Pegawai ingat dia tido...Arahan denda dia ialah, Pergi cari kubur yang bernama ALI BIN ABU...Kemudian sedekahkan Al-Fatihah dan cium nisan dia...Mak oi, ni kes naya ni... Tapi demi menyelesaikan tugas dan denda, dia redah jugak... Dalam 10 minit dia sampai dengan muka dia yang selamba... hahahahha...

                       Seterusnya kami ke checkpoint 4, dia dewan felcra kot kalo x silap...Memang kami akan lalu laluan hutan...Tapi memandangkan kami x berehat langsung...Kami minta izin untuk tido sebentar di hadapan rumah sorang pakcik... Dan dia pon izinkan...Apalagi, kami pon tido je atas jalan raya....Ingat nak berehat setengah jam ja tapi memandangkan badan kami letih sangat2, kami telelap jugak la dekat 2 jam...Selepas bangun, kami mulakan perjalanan pada pukul 4.00Pagi untuk redah hutan....Masa dah sampai Gps pulak buat hal... Tetiba jarum x leh berfungsi untuk tunjukan arah kami... Dan kami pon sepakat untuk Guna saja Jalan Raya... kena denda pon denda la...Nak buat mcm mana...Jauhnya dalam 2.5 Km jugak la... Sampai saja Satu kawasan, kedengaran azan subuh berkumandang... Kami pon stop sekejap, dan lepas ja orang sembahyang subuh kami terlelap semula...Ye la, letih badan x hilang... Kami nak buat apa lagi kalo bukan tido... Tepi jalan pon tepi jalan la...Janji dapat rest jap...

Selepas 2, kami teruskan sampai ke checkpoint 4...Letih ni jangan di kira dah la...pukul 9.00 pagi kami sampai dengan selamatnya... Selepas ambik tugasan kami meneruskan perjalanan ke Checkpoint terakhir... Ni saja gambar yang sempat kami snap masa dalam hutan...

KUMPULAN ECHO

Bangga pon ada gak la sebab nak habis dah ni...Kami melalui jalan hutan iaitu kebun ladang sawit..Dalam dok seronok 2 kami dengar bunyi babi hutan...Ala, ni yang x best ni.... Bukan apa, kaki dah melecet teruk... kang dia hambat kami x pasal2 nak kena lari... Penat 2...Kami cuba loloskan diri dari babi hutan 2...Seterusnya kami mulakan pejalanan sehingga tiba di paya bakau... Saat ni la, macam2 berlaku... Kawan ku 'Munirah' terjatuh dalam lumpur dan kaki dia x boleh bergerak... Nasib baik la budak2 laki group kami boleh dikatakan pandai2 juga... Diaorang terpaksa pegang untuk mengangkat munirah..Setelah selesai, diaorang cuba menebang buluh untuk buat laluan bagi wanita tapi malangnya tebuan tanah menyerang pulak.. 3 orang dari kami kena sengat....Kesian diaorang sebab nak senangkan kami tapi diri diaorang yang sakit...Saat 2 kami terpaksa minta bantuan ambulan..Dalam tempoh 10 minit kami harus keluar dari hutan... 


Perjalanan keluar ke jalan raya









  Jeng3, masa ni la kaki aku makin sakit n berdarah...kejang ni x yah kata la... Aku nak teruskan juga tapi aku x nak memyusahkan kumpulan untuk tunggu aku.. Dan akhir sekali sampai ja, aku terus baringkan badan....




 Rehat jap, tapi kaki kejang plak dah ni..




                     Saat ni memang sakit gila2 dah ni... x mampu nak tahan dah...Sampai la Pegawai terpaksa angkat... Kami 5 orang dibawa ke Hospital Baling...Sampai ja, nurse suruh aku baring atas katil... Dia check tekanan darah aku dulu... Selepas 2 dia suruh aku rehat atas katil selama sejam setengah.. Apalagi, terlelap jugak la...Hik hik hik...Selepas ambil ubat, kami gerak ke Checpoint last...Kesian kawan2 kami yang kena harungi sejauh 2-3 Kilometer lagi...Sebaik sampai, kami duduk di pos injured...

 NYENYAK SUNGGUH TIDO.....
 BALING BOOM PON CONFIRM X SEDAR JUGAK NI... HAHAHAHA
Masa ni dok urut kaki ni... sakit ya amat...


Tepat pukul 7 malam kami mula bergerak ke dalam barisan untuk acara penutup dan bergambar kenangan..

 Bergambar bersama Pengarah,Timb.Pengarah,Pegawai2 JPAM PP

   Bergambar bersama Pengarah,Timb.Pengarah,Pegawai2 JPAM PP

 Kumpulan yang best  

 Kumpulan kawanku 


Selesai sudah cerita aku untuk entri kali ini...Panjangkan... 2 pon dah cut banyak dah 2... hihihi... Apapon ni la pengalaman berharga buat diri ini..Dari sini aku lebih banyak belajar lagi bagaimana untuk bekerjasama dalam 1 kumpulan yang sebelum ni mungkin aku  x kenal atau terlepas pandang diaorang semua... Dan buat kengkawan lelaki, TERIMA KASIH BANYAK kerana jaga kami sebaik mungkin ...Buat yang wanita pula, TERIMA KASIH BANYAK kerana sudi menjadi sahabat dan berkongsi apa2 masalah bersama2...Buat pegawai2 JPAM PP,TERIMA KASIH BANYAK kerana memberi pengalaman yang bermakna  dan berharga buat kami semua.. Segalanya akan kekal di ingatan kami...



TERIMA KASIH BUAT YANG SUDI BACA ENTRI SAYA KALI INI.... JEMPUT2 LA JENGUK LAGI YERK...



(Foto Rasmi Dari JPAM PP)
(Nama Pegawai2 terpaksa dirahsiakan
harap maklum )



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST