KUALA LUMPUR: “Saya sangat terharu dan menghargai sokongannya pada saya selama ini,”
kata penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terhadap peminat fanatik,
Fariza Ghazali yang menghidap sakit jantung.
Siti yang dihubungi semalam, berkata dia sentiasa
menghargai sokongan peminat khusus golongan orang kelainan upaya (OKU).
“Melihat muka dia di dalam akhbar Harian Metro (semalam), saya ingat pernah berjumpa
dengannya dalam majlis sebelum ini.
“Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih padanya atas sokongan
pada saya selama ini,” katanya.
Siti berkata, beliau berhasrat menjemput gadis istimewa itu untuk
menghadiri majlis ‘Meet & Greet’ bertemu pembeli anjuran Simplysiti
yang akan diadakan di Guardian, Pasaraya Giant, Sungai Petani pada 29 Julai nanti.
“Insya-Allah saya dansuami akan pulang ke sana pada 29 Julai ini
untuk acara Simplysiti dan majlis pemberian zakat.
“Jadual saya hari itu agak padat dan agak tidak sempat singgah
ke rumah gadis itu. Jadi, saya akan menjemputnya menghadiri salah satu majlis itu nanti,”
katanya.
Harian Metro semalam melaporkan Fariza, gadis OKU dari Kuala Muda,
Penaga, Pulau Pinang yang mempunyai impian ingin berjumpa penyanyi nombor satu negara itu.
Fariza, 29, yang meminati lagu Siti seperti Purnama Merindu dan
Cindai turut berhasrat memberi hadiah pada penyanyi itu.
Siti berkata, beliau sudi menerima hadiah itu pada
majlisnya yang akan diadakan pada 29 Julai nanti.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/24

0 comments:
Post a Comment
annamariana1989@yahoo.com