RSS
Container Icon

KELEBIHAN MENANGIS

Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk 
menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan.
Di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia 
tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan 
di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.

Ada beberapa alasan manusia menangis:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.

Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. 
Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran
 mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. 
Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang 
dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal 
dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat 
yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana 
dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. 
Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 
24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasikan 
sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata 
yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian 
tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari 
hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. 
Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu 
menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan 
mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? 
Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang 
terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin 
leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, 
air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang 
disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu 
seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang 
menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau 
seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh 
meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai 
didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah
 menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, 
sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. 
Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. 
Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. 
Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.
  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Pak Det said...

Owh...Banyak juga kelebihn menangis nie...

My recent post : Jom Sertai : Projek Bloglist 2013 MQ-Network

Unknown said...

x sia2 gak menangis selama ni.
banyak kelebihan.
ekekeke~~

Yaya Mohd said...

sbb tu yaya kuat nges..hehe
mmg ilang sket stress huhu

Unknown said...

salam kenal..terus follow sini..

banyak juga kelebihan menangis ni ya..
no 1 dan 2 tu baru tau..tq info ini..

Annamariana1989 said...

Manan Qayyim - lepas ni menangis banyak2 lagi k.. =)

Annamariana1989 said...

michelle De hunny - hehehhe.. tahu xpe.. =)

Annamariana1989 said...

Cik Yaya - betul 2.. lepas nangis mesti rasa lega kan..

Annamariana1989 said...

MaMa Rey - i follow u back ye.. salam kenal.. =)

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST