Bukan saja tahi lalat, jerawat, cara menulis dan bercakap boleh menunjukkan
personaliti seseorang. Cara makan pun boleh menilai personaliti seseorang.
Tapi sejauh mana ketepatannya masih dirugai.
Mungkin ini boleh membantu anda untuk menilai pasangan anda.
Makan dengan tenang
Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan.
Geram pun ada jugak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih ‘minat’
dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri.
Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa
dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah
diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya!
Asyik belek makanan
Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu!
Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan.
Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu
siap disusun di tepi pinggan,elok saja. Usah gusar, itu menandakan
dia amat prihatin dalam setiap apa yang dilakukan dan itu
menunjukkan dia memang serius dengan kamu. Jadi, usahlah diragukan cintanya!
Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat.
Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat.
Bermakna kamu masih lagi ‘wujud’ di depannya.
Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga
kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan!
Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu
kamu ‘hilang’ sesaat pun dari pandangannya. Sikap pelindung jelas
ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah ye!
Makan sambil borak
Seronok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam
pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang
periang dan susah nak tengok dia marah. Merajuk tu adalah sesekali dua.
Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara
perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya.
Tapi awas, jangan sesekali buat dia marah.
Makan sambil kerap tengok jam
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa
masih panjang dan tak ada perkara yang nak ‘dikejar’.
Jangan salah faham, bukannya dia ada date dengan gadis/jejaka lain,
cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan
bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa.
Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti dia sampai ‘on time’.
Mereka juga tak berapa suka seseorang yang lembap.
Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah
dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya.
Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang.
Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun
kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan
bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu.
Cuma ingat, orang seperti ni kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak
menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata.
Nahas kamu nanti!
Diketegori yang manakah anda atau si dia kesayangan anda?
Mungkin ada sedikit jangkaan yang mengena dengan personaliti anda,
yang tak mengena ini hanya lah info dari kajian psikologi.
Benar atau tidak.
Anda nilai sendiri.
KREDIT - PEN PATAH
21 comments:
tak pasti plak.. hana selalu makan tengok tv dan lambat masa makan
hurmm..ssh jgk nk tgk bwh kategori yg mane...
Nyam, nyam, nyam.... :D
assalam,
bunda pun tak pasti makne cara bunda makan...
yg pasti bunda suka makan nasi yg berkuah...kalau tak, tercekik bunda...haha..
hihi.. deqja semua kecuali tengok jam. ikot la.. tapi yang pling tepat " Makan sambil borak " hihihi
uiks! cara makan pun melambangkan peribadi seseorg erk! kena makan dgn lebih baik slps ini..hehe:)
hehe.. 5zol klu mknan sdp lain cra mknnya brbanding mknan x sdp.. klu sdp mkn cpt abis..
tak tau la nak cakap pe..tak pernah tengok cara/gaya orang makan..seribupilihan makan ikut mood kot..hehe..:-)
err..xtaula ade dlm senrai atau x..hehe
hana hadi - hahhahaha...
Azuria Abdullah - hehehhe, tahu xpe..
Tetap Gratis - ^__^
BUNDA a.k.a KN - wsalam... hahahhaha,kalo x berkuah kering je kan..
deqjamucuxx - 2 paling best kan..
Acik Riotaro - thanks dear..
aTieYusof Family - kena ayu gitu..
5zol - ooooo, cam 2 ek...
seribupilihan - hahahhahaa..lagi senang kan..
Cik Yaya - hihihihihi....
sy jenis yg bila makan tak ingat org lain dah...hihi
Hatimi Tahirruddin - hahhaaha, sama la kita..
Post a Comment
annamariana1989@yahoo.com