RSS
Container Icon

HELMET DISCOVERY 2013

Semalam Anna adakan surprise birthday celebration 
kat court badminton..
Hahahaha… Mungkin agak lucu bila di baca
 atau didengar kan?
Tapi 2 la, yang Anna buatkan untuk Tunang Anna..
Mula2 kami memang plan nak buat BBQ je tapi 
memandangkan Penang masih lagi
tak stabil dari segi cuaca dan laut makin 
bergelora terus Anna ubah plan..
Isnin baru2 ni Anna g oder cake dengan Mak Anna..
Sponge cake ada 2 layer.. Perisa Pandan dan Vanilla..
Mesti semua pelik kan sebab bukan perisa coklat..
Tunang Anna ni pelik sikit..
Dia memang tak suka segalanya yang bernama ‘Coklat’..
Anna beli kat kedai I-CAKE JELUTONG.. 
Harga berbaloi dan cake pon sedap sangat..
Anna pilihkan yang ada gabungan laici dan longan 
sebagai layer ketiga cake..
Dan atas sekali dia Cuma letakkan 
strawberry dan sikit design2 
sikit supaya tak la nampak kosong je..
Kami mula main badminton selepas waktu maghrib.. 
Yang kek ni kawan Anna yang tolong ambilkan di kedai.. 
Selepas sorang demi sorang datang, Anna dan Nana (kawan Anna) 
buat kalut2 nak g beli mineral water..Hihihihi..Padahal kami siap 
bawa tea ‘o’ bungkus lagi.. Errr..Hihihihi..
Dengan pantas kami menuju ke kereta 
Nana dan keluarkan cake..
Taraaaaa...Cantik tak?
Ha, part ni paling best..
Anna dan Nana siap pujuk penjaga court badminton 2 untuk
tutup 1 minit je lampu di gelanggang kami..
Dia pon ok je la sebab kami memang selalu main kat situ..
Dan yang paling best, waktu lampu dah terpadam..
 Tunang Anna siap Tanya pada kekawan
 yang lain kenapa lampu dipadamkan..
kat situ memang dorang gunakan suis otomatik padam bila  habis main..
Kira kami oder pkul 8-10malam dan suis tertutup tepat pkul 10 malam..
Takde dah dia nak bagi lewat 1,2,3, minit dah..
Masa 2 la  Syieda (Kawan Anna) kata dah pukul 10 dah pon..
Tunang Anna memang blur jugak la time..
Lepas 2 , dia mula Nampak cahaya lilin..
Haaaa,bermula pula Sarves, Hafiz , Ieka, Syieda
 dan Nana nyanyikan lagu Happy Bufday..
Habis semua Anna agihkan 3 potongan kek 
pada penjaga court badminton yang
sporting 2 dan kawan2 Anna yang lain...
Hadiah tahun ni pula Anna hadiahkan helmet Discovery..
Harga pon takde la mahal sangat..
Untuk rujukan kawan2 sekalian hanya Rm 160 je area Bukit Jambul..
Anna g beli ngan Tunang Anna dan Anna minta 
dia sendiri tetapkan warna apa yang dia nak..
Kalo tahun lepas Anna beri Handphone je (SINI)..
Apa2 pon Anna amat berpuas hati kerana segala persiapan berjalan lancer..
Thanks NANA,SYIEDA,HAFIZ, IEKA 
DAN SARVES kerana menjayakan semua ini..
Tanpa bantuan kalian, confirm tak jadi.. Huhuhu..
Next year kita bikin lagi ek 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 comments:

Hana said...

fuyoo..nanti bufday hana,anna hadiahkan hana keta ferarri :P

Tinta Lana said...

Salam.

Anna..sweetnya >_<

Lana memang tak reti la buat seprais2 ni,huhu

Nick Nashram said...

syoknye dapat main badminton sekali..nati bwk la pulak p main boling :)

Bunda_nora said...

selamat hari jadi untuk tunang anna...bila nak makan nasi minyaknyer?

Aimacomel said...

Kita sama lah Lana, memang xreti nak suprise2 org ni =) anyway happy besdar utk incik tunang..

Unknown said...

assalamualaikum..anna :)

cantik nya helmet yg anna hadiahkan tunang tu..:)

Acik Riotaro said...

bestnyer....
klu acik pn acik suke..

Unknown said...

wah terbaik buat surprise tutup2 lampu ni...hehe...apa2 pun happy birthday kpd beliau..utg ada tunang mcm anna ni....

Latifahzainal said...

selamat ulang tahun kelahiran untuk tunang ana..cantik helmet..

Yaya Mohd said...

salam..
wahh untungla tunang cik anna ye..
dap nyer... ^_^

Miss Zahirah said...

alaa.. ruginya.. akak hantu coklat.. hehehe

wantie said...

Happy b'day tu your tunang.

sangat sangat bertuah badan tunang ana tu kan.. moga hubungan berkekalan hingga ke syurga.

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST