WELCOME NEW YEAR
Di sebalik sesuatu kejayaan pasti ada
pengorbanan yang tidak perlu diheboh..
Menjadi orang di belakang tabir lebih mulia dari menjadi orang di hadapan kerana sesuatu perkara yang dinamakan keberkatan bermula dengan niat yang suci tanpa perlu membangga diri..
#goodjobmarianakaubuatkeputusanbetul
#jadidirisendiribukankuihtepungtalam😄
#salahsatuazam2019
AKU ADALAH AKU
Bertahun lamanya..
Hari ini kau hadir didalam mimpi..
Berbaju kurung bertudung biru..
Entah kenapa..
Pandangan matamu menikam jiwa..
Sayu..
Pilu..
Kau cuba menahan airmata..
Sambil menghulurkan sekuntum mawar hijau kepadaku..
Mungkin ego..
Mungkin marah..
Mungkin terluka..
Mungkin terkilan..
Mungkin terasa..
Aku tetap berlalu pergi
Tanpa sepatah kata..
Tanpa sebaris senyaman..
Tanpa sekelumit belas kasihan..
Aku adalah aku..
Mana mungkin aku menjadi kau..
Mana mungkin aku menjadi siapa2..
ANTARA KAWAN DAN SAHABAT
Jangan sesekali kita berasa sedih kerana telah membuang manusia2 yang tidak layak digelar 'KAWAN' kerana akan ada manusia2 yang jauh lebih sempurna di hadapan menunggu kita.. Tetapi berasa sedihlah jika kita kehilangan insan yang bergelar 'SAHABAT' kerana kita telah kehilangan seorang keluarga didalam kehidupan kita..
Kawan datang dan pergi..
Tetapi Sahabat akan setia disisi kita 😇
#sayasudahandabilalagi😝
KADANG - KADANG
Kadang2 aku terlupa siapa aku..
Kadang2 aku terlupa siapa kau..
Kadang2 aku terlupa siapa dia..
Kadang2 aku terlupa siapa mereka..
Kadang2 aku terlupa siapa kita..
Kadang2 aku terlupa siapa kami..
Kadang2 aku terlupa siapa siapa..
Maaf jika suatu masa nanti nama kamu tiada dalam senarai hidup aku kerana aku bukan siapa2 lagi..
#rombakkanbesarbesaran
#maafjikaterdelete
#menujutahun2019
DUGAAN SEMALAM
Kadang2 kau lupa untuk bersyukur dugaan semalam dengan rezeki hari ini yang kau genggam..
Kadang2 kau lupa untuk berterima kasih kelukaan semalam dengan nikmat yang kau kecapi hari ini..
Kadang2 kau lupa untuk menghargai doa insan yang selama ini telah kau
anggap tiada nilainya..
#jauhperjalanandihadapan
#hargaimerekayangsetiadisisi
HAPPY BIRTHDAY MY BFF
Jatuh dan bangan telah kita tempuhi bersama..
Ketawa dan menangis telah kita harungi bersama..
Sakit dan terluka telah kita alami bersama..
Kecewa dan marah telah kita hadapi bersama..
Separuh hampir sudah perjalanan hidup kita bersama..
Kita kenal siapa kawan..
Kita kenal siapa lawan..
Kita kenal apa itu persahabatan..
Kita kenal apa itu permusuhan..
Dan pada hari ini usiamu meningkat ke 1 angka..
Dimana berpuluh2 tahun dahulu kamu lahir ke dunia..
Doa dan harapan ku hanyalah kamu selalu ada menjadi sahabat terbaik dalam hidup aku..
Semoga segala kebaikkan mengiringi setiap langkah kakimu..
Terima kasih kerana sentiasa 'ADA' bersama2 menempuhi adat resam dunia..
Terima kasih untuk segalanya 'SAHABAT'..
Always Love U BFF💕
SELAMAT HARI LAHIR BFF 😘
RINDU IBU
Pada pandangan mata kasar tiada apa2 yang pelik kan disini..
Tapi pada aku disini adalah kenangan terakhir aku bersamanya..
Kenangan terakhir aku melihatnya..
Kenangan terakhir aku menyentuh kamu..
Kenangan terakhir aku mencium kamu..
Kenangan terakhir aku membuat segalanya untuk kamu..
Kenangan terakhir aku melihat wajah kamu..
Kenangan terakhir kamu disini sebelum dibawa keluar dari tempat ini selamanya..
Penuh mata2 memandang aku tetapi tidak sedikit pon aku malu memperlihatkan tangisan itu..
Tiada siapa mampu mengerti seberat apa yang aku tanggungi tika itu..
Biarpon beribu pelukan sokongan datang memberi hanya senyuman palsu mampu ku ukir..
Sabar !
Kuat !
Redha !
Itu kalimah diulang semua tapi hati ini bukan sekuat gunung ganang mahupon lautan api..
Hanya yang mengalami mampu mengerti situasi ini..
Hari ini..
Genap 2 tahun 18 hari berlalu sudah..
#adikrindumak
MAGGI RAMEN 2X SPICY
Kadang2 aku diam ni sebab aku takut..
Bukan takut nak berbalah..
Bukan takut nak berkata-kata..
Bukan takut bermain kata..
Sebab aku takut segala perkataan yang keluar dari mulut aku ni sepedass maggi ramen 2x spicy..
CHILLLLL😘
Gurau senda petang😂
Maggi tinggal 2x ngap baru teringat nak snap pic..
Apa2 pon hakak berjaya habiskan maggi ni bukan sekali tapi berkali2 dah hakak makan 😅
OUT
Mara terus ke hadapan saat ini..
Tak perlu menoleh ke belakang lagi..
Apa didepan itulah realiti..
Apa yang tertulis itulah hakiki..
Usaha sendiri bukti kekuatan diri..
Jika gagal jangan menangis menyesali..
Tetapi belajar menerima kelemahan sendiri..
Tanpa menyalahkan sesiapa disisi..
Usaha, doa ,tawakal kepada ilahi..
Inshaallah, pasti dikabuli..
TERIMA KASIH
Bila melangkah aku akan pastikan pandang tepat ke hadapan..
Berusaha perolehi apa itu erti kejayaan..
Menentang apa itu erti kekalahan..
Bukan tidak pernah rasai erti kesakitan..
Tetapi terlalu banyak pengalaman dijadikan pengajaran..
Kehilangan demi kehilangan..
Namun aku tetap bangkit melawan arus keadaan..
Bukan mendabik dada kesenangan..
Tetapi mengajar diri erti perjuangan bersendirian..
#TerimaKasihSemuaYangMasihSetiaDisisi
Akad Nikah
Assalamualaikum..
Alhamdulillah kita semakin tiba ke
penghujung 2017..
Pejam celik pejam celik, tinggal
beberapa hari saja lagi..
Kenangan manis di tahun 2017 akan menjadi kenangan terindah dalam hidup ini..
Alhamdulillah 2 kali lafaz maka sah la saya menjadi isteri orang..
Semoga mahligai yang terbina berkekalan
Hingga ke jannah..
Doakan semoga kami berdua
Dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
Aammiin
Subscribe to:
Posts (Atom)
MY POPULAR POST
-
Jika ini adalah perbuatan jiran anda, apa hukuman yang anda nak bagi kat jiran terlampau ni? 1) bakar spender die sampai hangus? 2...
-
Bahan2 Serai Halia muda Bawang putih Jintan Putih Ketumbar Kunyit H...
-
Jom kita layan jap kuih-kuih tradisional yang ada di Malaysia yang kebanyakan bebudak sekarang x kenal atau x pernah makan... PULUT PA...
-
Hai semua... Oklah seperti yang Anna janjikan pada semua di entri yang lalu untuk menceritakan tentang serba sedikit kehidu...
-
Assalamualaikum Semua... Ok, entri kali ini Anna nak bagi satu petua pada semua yang membaca post ni.. Ok, mesti tertanya-tanya ka...
































