RSS
Container Icon

Dato’ Siti Nurhaliza Turun Padang Jadi Beauty Advisor Untuk Kempen ‘SimplySiti Di Hati’.


Pejam celik pejam celik sudah hampir dua tahun produk penjagaan kulit dan kosmetik milik penyanyi no.1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza ini beroperasi. Dalam tempoh waktu yang mungkin agak singkat bagi sebuah jenama produk seumpanya bertapak, Simply Siti terus berkembang aktif gah sebagai barangan jenama tempatan bertaraf antarabangsa sejak ia dipasarkan Mac 2010.
Lantaran pencapaian demi pencapaian yang diraih oleh produk kebanggaanya itu, Siti merasakan sudah tiba masanya SimplSiti menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.
Justeru, bermula 1 Disember ini hingga 15 Januari 2012, Simply Siti dengan usahasama Watson’s selaku rakan niaga akan melancarkan kempen ‘Simply Siti Di Hati’.
Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana yang kemudiannya akan disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung negara (IJN) bagi mebantu dua orang pesakit jantung iaitu adik Siti Nur Syahira, 6, dan adik Tan Jia Yong, 3. kedua-dua kanak-kanak ini menghidap penyakit jantung sejak lahir lagi dan memerlukan bantuan sebanyak rm70,000 untuk menjalani pembedahan serta rawatan selanjutnya dari IJN.
Selain daripada Watson’s dan IJN Foundation, AirAsia X dan Putrajaya Marriot Hotel & Spa juga merupakan rakan niaga strategik turut sama menjayakan kempen amal ini.
Siti ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen ‘SimplySiti Di Hati’ di Putrajaya Marriot Hotel & Spa petang semalam menyatakan kempen ini lebih kepada ‘derma dan menang’ di mana, setiap pembelian RM100 ke atas, RM5 daripadanya akan disalurkan kedalam kempen ‘SimpySiti Di Hati’ sekaligus berpeluang memenangi 20 tiket penerbangan AirAsia X ke destinasi pilhan pelanggan serta baucer penginapan dari Putrajaya Marriot hotel & Spa.
Setiap pelanggan hanya perlu mengisi borang dengan butiran peribadi serta harus melengkapkan slogan yang diberikan kemudian dikepilkan sekali dengan resit pembelian sebelum dimasukkan ke dalam kotak tabung ‘SimplySiti Di hati’ yang terdapat di setiap kaunter SimplySiti di seluruh Watson’s.
Tidak hanya berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik, istimewanya kempen ini apabila ia turut menyaksikan Siti sendiri turun padang menjadi perunding kecantikan, berkongsi tips kecantikan secara langsung kepada para pelanggan di beberapa lokasi Watson’s yang terpilih.
Kepada pelanggan setia SimplySiti serta kepada mereka yang ingin bertemu dan bertanyakan sendiri rahsia dan teknik solekan daripada penyanyi jelita ini, bolehlah bertemu Siti di Kuala Terengganu pada 3 Disember , Kangar Perlis pada 10 Disember dan lokasi terakhir di Semua House pada 30 Disember ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST