RSS
Container Icon

BAHAYA MINUM TEH AIS BAGI KESIHATAN GINJAL


JUST NAK SHARE
Teh Ais

Siapa di antara para pengunjung yang tidak menyukai minuman rakyat yang satu ini? Yah, Teh ais sepertinya begitu mudahnya kita temui di mana-mana gerai makanan, dari warung pinggir jalan sampai Restoran mewahpun semuanya menyediakan teh ais sebagai salah satu menu utama minumannya. Teh ais dengan bau dan rasa khasnya sudah menjadi darah daging dalam masyarakat kita meskipun dihiaskan dalam bentuk apa² sekalipun. Teh tetaplah Teh dan jika diberi ais, maka kesegarannyalah yang kita dapat nikmatinya. Apalagi di Bulan Puasa, menu pembuka sebelum makan besarpun sering didahului dengan minum teh ais .

Tapi tahukah anda, di sebalik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi yang berbahaya bagi kesihatan manusia. Penyelidikan di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine telah mengungkapkan bahawa pengambilan teh ais secara berlebih meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Sepertimana yang telah dilaporkan dari laman Times of India, teh ais mengandungi kepekatan tinggi oksalat, salah satu bahan kimia yang merupakan kunci untuk mencetuskan pembentukan batu karang. ”Bagi mereka yang mempunyai kecenderungan mengidapi penyakit batu karang, teh ais jelas menjadi minuman terburuk atau sebahagian daripada pantang larang minumannya,” kata Dr John Milner iaitu seorang pembantu profesor Jabatan Urologi.

Milner berkata, teh panas sebenarnya juga menyimpan kesan-kesan buruk yang sama. Hanya, kuantiti penyajian teh panas biasanya lebih kecil. Logiknya, orang meminum teh panas, kuantiti airnya tidaklah akan sebanyak meminum teh ais. Jarang orang yang mengambil teh panas apabila haus. Berbeza dengan teh ais, di mana ramai orang sanggup meminumnya lebih daripada segelas saat haus dan hawa panas.

Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkatan estrogen yang rendah paling terdedah terhadap keburukan teh ais ini. Oleh itu, Milner menyarankan agar menggantikan pengambilan minuman itu dengan air putih, atau mencampurkannya dengan lemon. ”Lemon kaya engan kandungan citrates, yang boleh menghalang pertumbuhan batu karang dalam ginjal,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, buah pinggang atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan dikeluarkan daripada tubuh bersama urin (air kencing), tetapi dalam keadaan tertentu ia akan mengendap dan membatu di dalam saluran pundi kencing atau buah pinggang.

Pengkaji juga mengungkapkan sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan-kesan buruk apabila memakannya. Mereka menyebutkan antara lainnya: bayam, coklat, kacang-kacangan, garam, dan daging. Sebaiknya, ambillah teh ais dan makanan-makanan itu secara bersederhana demi kesihatan ginjal anda. Padukan pula dengan sumber makanan yang tinggi kalsiumnya yang dapat mereduksi oksalat. Dan, tentu sahaja perbanyakkanlah meminum air putih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST