RSS
Container Icon

CARA MENGURANGKAN STRESS YANG TERBAIK

Stress memang seringkali di alami oleh manusia tidak kira tua mahupun muda. Stress mesti dikawal dengan bijak supaya tidak terjadi sebarang tindakan di luar kewarasan akal fikiran. Adakah anda salah seorang yang sedang mengalami stress?? Jika tidak pasti samaada anda termasuk dalam individu stress boleh merujuk kepada artikel Tanda-tanda Stress dan juga Cara Mengetahui Tahap Stress. Jadi bagaimana memang anda seorang yang sedang stress atau tertekan dengan keadaan sekeliling. Jangan bimbang kali ini kami ingin kongsikan artikel cara mengurangkan stress yang terbaik untuk anda mencubanya.

 

1. Mencari dan Menikmati Ketenangan

Luangkan masa untuk berjalan-jalan di kawasan persekitaran tenang seperti di tepi pantai, sungai atau taman rekreasi. Carilah ketenangan dengan menikmati segala keindahan yang telah dianugerah Ilahi dan lupakan seketika segala masalah yang dihadapi. InsyaAllah hati akan lebih tenang.
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran
Al-Quran patut dijadikan teman akrab sepanjang waktu. Dengan membaca Al-Quran hati menjadi lebih tenang dan berfikir lebih rasional. Malahan, ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.
3. Lakukan senaman pernafasan mendalam
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas perlahan-lahan dengan mendalam dan kemudian hembuskan dengan sepenuh hati seperti melepaskan segala bebanan yang terletak di bahu.
4. Lakukan aktiviti luar seperti bersukan, jogging, beriadah
Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Jadi segala stress akan dapat dilupakan apabila melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan badanseperti bersukan dan jogging. Situasi akan menjadi lebih gembira jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Tambahan, ia dapat mempereratkan ikatan kekeluargaan menjadi lebih erat dan mesra.
5. Mendengar Lagu atau muzik yang mendamaikan
Mendengar lagu atau muzik yang mendamaikan banyak mendatangkan faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami stress atau tekanan perasaan. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Tapi anda perlulah memilih muzik yang lembut dan sesuai.
6. Terima Keadaan Seadanya atau redha dengan ketentuan Ilahi
Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan. Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa lantas stress jika tidak memperolehinya. Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

Suburbanzero said...

no 6 tu yg best tuu...redha je le...cuma buat yang terbaik yg kite boleh dan rajin bertanya atau cari penyelesaian terbaik :)

ANNA MARIANA said...

Suburbanzero - betul 2...=)

aiN Najwa said...

thanks sharing dear.....! :)

Aida Omar said...

semua langkah2 kat atas nie memang cara terbaik mampu mengawal stress.. :)

ANNA MARIANA said...

aiN Najwa - welcome dear... =)

ANNA MARIANA said...

Aida Omar - setuju... =)

♥♥ arabella ♥♥ said...

Tak elokk stres2 nh hehe nnt cpt tuoo=)

Mat Jo said...

yang no 4 tu, tak yakin boleh hilang stress,
macam joging, makin stress ade la, joging jumpa geng2 kera, ahaks

ANNA MARIANA said...

♥♥ arabella ♥♥ - btul3... muka cpat kedut...hehhehe

ANNA MARIANA said...

Mat Jo - hahhahaha... 2 mat jo la yg jmpa... tpi kan, anna kalo g taman belia nak joging msti takut...sbab monyet banyak n ganas2...

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST