RSS
Container Icon

KENAPA WANITA SUKA MARAH2

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kekawan ku...Disini Anna nak share beberapa sebab kenapa wanita suka marah2 terhadap teman lelakinya...Hmmm,buat yang lelaki ni tips2 yang boleh jawapkan kenapa pasangan anda kerap marah2 anda.. =)

Ramai lelaki yang bingung bila kekasih hati mereka kerap marah-marah. Apa puncanya, apa yang kurang dan apa yang buat wanita sentiasa tak berpuas hati, itu yang mereka soalkan. Jom kita singkap mengapakah wanita kerap marah-marah terhadap pasangan mereka.


1.Ingin perhatian - Kadang kala wanita hanya inginkan perhatian dari pasangannya. Jika anda perasan ada sedikit kelemahan lelaki bila mana mereka selalu menjawab atau membalas text kekasih mereka dengan sikap sambil lewa atau ala kadar.
Mungkin pada masa itu anda busy atau sedang buat kerja lain. Sebab itu jawapan anda cuba “Makan apa?” , “Awak sht?”,  ”ok”,”kenapa?”. Mereka menaip berjela panjang sedangkan anda jawab cuma beberapa huruf  sahaja. Sebab itulah wanita mula rasa terabai dan tak dipedulikan. Akibatnya mereka mula marah-marah terhadap kalian wahai kaum Adam.


2.Bendera Merah - haa, ini satu lagi kes. Ramai yang salah sangka ingat wanita ni mood macam air laut asik berubah kata mereka. Sebenarnya mood wanita ni bukan berubah sangat pun, cuma bila mereka nak datang bulan tu mereka alami perubahan hormon yang buat diri mereka kurang selesa, ada yang sakit, perit dan ada yang pening kepala juga. Sebab itulah dalam mengawal kesakitan dan ketidak selesaan itu secara tak sengaja mereka ter marah-marah…hehe

3.Tegas - Kadang kala sikap wanita yang tegas dan bercakap dalam nada yang mendatar menampakkan mereka garang dan marah. Sebenarnya itu tanda wanita tegas dalam membuat keputusan dan pendirian mereka.
Buat kaum lelaki, jangan mudah salah sangka pada emosi wanita yang kerap berubah. Mereka marah bukan bermakna mereka membenci. Buka bererti mereka tak sayang atau tak menghargai kasih sayang dan perhatian kalian. Cuma kadang kala keadaan diri tidak memberi keizinan untuk mereka ceria sentiasa bersama insan yang mereka cinta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 comments:

Unknown said...

hehe..marah sebab sayang..kalau x, biarkan jer...! =P

Annamariana1989 said...

aiN Najwa - setuju... hehehhe

Unknown said...

ok la tu, disebalik mesej yang ringkas,
disertakan dengan sikap ambil berat, he

Annamariana1989 said...

Mat Jo - heheheh, tq.. =)

Cik Puan said...

betol..betol..betol..cik sokong neh.huaaahuaahuaaa..now cik tgah marah2 ne sbb nak mintak perhatian :D
btw,cik follow sini ye..salam kenal^^

Annamariana1989 said...

cik azLyzah⊙.☉ - hehehheh, marah knape ni?
ok, i will follow u dear... tq ek... =)

Unknown said...

hehe mcm betol je anna..kdg2 mara sbb bendera merah, haha..

NUR said...

Pompuan ni lebih sikit emosinya..

Irna ahmad said...

saya setuju ni :))

Suburbanzero said...

sabo je le ye para2 lelaki..huehuehue

Alin Marlini said...

wanita suka pendam..bl dah tak tahan tu yg mare2...hehe

Annamariana1989 said...

siti naqiah - sudah semestinya... hehhehhee

Annamariana1989 said...

Irna ahmad - hehehhehe, anna pon sama...

Annamariana1989 said...

Suburbanzero - heheheh, kalo dh syg mesti la kena sabo... ^____^

Annamariana1989 said...

Alin Marlini - macam gunung berapi... time nak meletup,sape2 boleh kena.. hehehhe

Annamariana1989 said...

Nur - betul3..hehehhehe

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST