RSS
Container Icon

KU SANGKA ORANG GILA


......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku 
singgah sarapan di bazar batu buruk 
sementara menunggu interview di steten minyak kerana 
sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan 
Ijazah aku ini. Sewaktu makan, 
mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. 
Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, 
tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. 
Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. 
Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. 
Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. 
Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut 
dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. 
Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. 
terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah 
bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. 
Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak 
dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada 
tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: 
Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. 
Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. 
"Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" 
Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar 
ansuran kalo pakcik rugi hari ni. 
Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? 
Pakcik kedai jawab, tidak. 
Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 
tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila 
semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. 
Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. 
"Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom.
" Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. 
Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, 
namun kerana ingin menjaga hati orang 
tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. 
Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. 
Pakcik dari mana, tinggal dimana? 
Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. 
Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. 
Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. 
Kenapa pakcik? Apa masalahnya? 
Pakcik sedekahkan 
geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. 
Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. 
Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. 
Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. 
Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. 
Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah 
dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. 
Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai 
dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu 
duit seratus setebal setengah inci, dan satu 
kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. 
Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu 
announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. 
Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. 
Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan 
berdoa dengan suara yang agak 
sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. 
Dan paling terharu apabila 
aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. 
Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan 
bersama pakcik kopiah tu.. 
Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian 
orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! 
Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. 
Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan 
pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. 
Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, 
semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum 
tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. 
Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping 
duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli 
susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." 
Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. 
Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup 
pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. 
Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
Kredit - FACEBOOK

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

17 comments:

Acik Riotaro said...

Ya ALLAH..
bergenang air mata saat bace kisah neh..
jgn bersgka buruk pd seseorg dgn hnya memandang luaran..

Tinta Lana said...

Beruntunglah bagi "aku" yang berhati mulia.. :)

aTieYusof Family said...

sedih baca post ni.. betul2 memberi kesan di jiwa sis:)

Amanina Mads said...

sedihnya..

puteri kasih said...

sebak je membaca perkongsian ini. Ianya mengajar kita untuk tidak menilai seseorang hanya dengan memandang luarannya.

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

tu lah kita tak boleh menilai seseorang hanya dari luaran sahaja....terharu bunda

Hatimi Tahirruddin said...

tu la jgn bersangka buruk...cerita yg baik walaupun tidak tahu kebenarannya...yg penting apa yg nak disampaikan tu....

Cik Yaya said...

Salam..
SubhanAllah..citer btul ke ni cik Anna?kalau btul moga pkcik tu sntiasa dlindungi dan drahmati Allah SWT..

ANNA MARIANA said...

Acik Riotaro - betul 2 :)

ANNA MARIANA said...

Tinta Lana - ^__^

ANNA MARIANA said...

aTieYusof Family - sama la ngan sis :)

ANNA MARIANA said...

Amanina Mads - ^__^

ANNA MARIANA said...

puteri kasih - anna sokong :)

ANNA MARIANA said...

BUNDA a.k.a KN - benar skali bunda :)

ANNA MARIANA said...

Hatimi Tahirruddin - benar skali :)

ANNA MARIANA said...

Cik Yaya - salam.. anna dapat pon dari fb ni..

fifteen pril said...

Hi! 안녕하세요~~! please do visit our blog! we sell
purely handmade jewelries~
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://fifteenpril.blogspot.com/
http://twinscraftlife.blogspot.com

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST