RSS
Container Icon

BAHAYA MENGHADAP KOMPUTER LEBIH DARI 5JAM SEHARI

Komputer atau laptop merupakan salah satu gadjet terkini yang menjadi pilihan manusia. 
Baik untuk menyiapkan kerja atau tugasan, melayari internet dan juga bermain game. 
Dan yang terbaru, satu kajian telah dibuat dan didapati seseorang yang 
menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer 
akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal.

Walaupun bunyinya macam khabar angin yang entah betul entah tidak tetapi apa yang pasti, 
punca utamanya ialah posisi duduk sewaktu kita menghadap komputer, 
terutamanya duduk bersandar. Ia merupakan posisi umum ketika seseorang 
sedang bekerja menghadap komputer, bermain game, 
ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian ini telah dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari 
University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 
4500 orang  yang berusia 35 tahun ke atas dan hasil kajian itu telah  diterbitkankan 
di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah 
bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk 
dalam jangka masa yang lama.
Seperti yang di siarkan dalam Examiner pada 20 April 2011, 
Stamatakis berkata,
“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4jam berturut-turut sehari didepan komputer/televisyen memiliki peluang 125%  lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2jam di depan komputer/televisyen,”
Kajian juga telah mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90% 
 lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme
 yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang  juga 
menjadi salah satu punca masalah kesihatan.
Stamatakis telah mencadangkan penyelesaian bagi mereka yang terpaksa 
bekerja di depan komputer sepanjang hari,
“Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.
Memang sukar untuk kita mengelak daripada menghadap komputer/laptop, 
malah ada yang menghadap komputer dan laptop berbelas belas jam dalam sehari.
 Jadi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan seperti yang dinyatakan
dalam kajian tersebut bolehlah menggunakan
penyelesaian yang telah dicadangkan.
KREDIT - pen patah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Qaisyara Raihana said...

tlg sya.. ;( http://bloggadisbrutal.blogspot.com/2013/06/17-tolong-aku-please.html

aTieYusof Family said...

erk..takut plak bila baca info ni..TQ sharing sis..
dah lah keja kena ngadap PC 8jam sehari..balik rumah sambung lg...huhu

Hatimi Tahirruddin said...

ok boleh guna alasan ni cakap kat boss...hihihi

puteri kasih said...

kerja puteri memang memerlukan puteri mengadap pc untuk tempoh yang lama

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Lana, mmg dah sah2 menghadap lebih 5 jam shari,huhu.

Tapi, lana cuba balance kan, stiap ptang joging, dapat 30minit cukup dah.

Cik Yaya said...

salam...
Alhmdlh..xde lebh 5jam..huu cuma time keje je la..tp nsib bek..xde ngadap sgt..kdng alih jugak wat mende lain..mmg skit pale jadinye dok lama ngadap komptr..

Post a Comment

annamariana1989@yahoo.com

MY POPULAR POST