Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam
pembuatan minyak wangi namun tahukah anda
serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?
Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon
kerana bahagian itu mengandungi minyak pati.
Secara keseluruhannya, semua bahagian
di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.
Mari lihat 6 manfaat serai untuk kesihatan.
Tips di bawah juga amat mudah
dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.
Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat
merokok sudah lazim kita dengari.
Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja.
Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong
kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan
pada gigi anda.
Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.
Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan,
sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit.
Serai membantu mengurangkan angin dalam
usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi,
minum teh limau berserai pasti dapat melegakan
sakit anda itu. Ia bertindak
sebagai penahan sakit semula jadi.
Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen
yang bertindak sebagai detoksifikasi.
Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan
air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan,
hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut.
Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika
datang bulan, bukan sahaja senguggut,
malah rasa mual juga akan tutut hilang.
Ajen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi
anti oksidan pencegah kanser.
Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai
boleh mematikan sel kanser aktif
tanpa merosakkan sel sihat.
12 comments:
wahhh.. byk gak ek kelebihan serai nie.. thanks anan sbb share... :)
serai mmg banyak kegunaannnyer..boleh buat ubat sakit kepala juga tu !
Kakak guna utk masak lauk dan nasi memang sedap tak sangka banyak kegunaan dan kebaikan disebaliknya.
Nasi lemak letak serai pun wanginya aduhai Anna... kakak macam nak makan nasi lemak serai sekarang juga:)
byk kelebihnnya kan..
byk manafaatnye yew..tq bgtau
Byk khasiat serai ni sis..
nasib baik suka letak serai dlm masakan..:)
bnyak khsiatnya =) nice sharing..
saya guna minyak tyt..bau serai jugak minyak tu..huhu
nice share.. pernah blajar pasal serai ni.. selain ubat moden, ubat herba pun budak farmasi kena belajar jugak.. hehe
bru jgk bca info psl serai ni..
antra yg menarik, ia dpt mnurunkan berat bdn...hehehe.. i likeee ;p
baru tadi beli serai..banyak khasiat serai ni kan..baru tau pla serai ni pain killer
Elie tahu bila nk guna time masak je. yang lain tak pernah tahu. HAHA. tq kak, share info. :)
Post a Comment
annamariana1989@yahoo.com