Ini ada sedikit info penting yang perlu diketahui oleh semua, walaupun kisah ini berlaku dah lama tapi mesej yang diberikan sangat penting kepada kita semua.
Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.
Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.
Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.
Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhirnya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.
22 comments:
hana ingat hanya merosakkan laptop, rupa2nya efek terbakar skali
Dah tak buat lagi benda tu saya. Dah serik! Laptop asyik cepat panas je, sekarang main atas meja. Huhu. Kesian kat orang tu.
Pernah juga terbaca info ni..
mmg dah jarang letak laptop atas katil..takut lah, bahaya..:)
gunakan meja pastu ada kipasnya =)
benar sekali itu, komputer atau laptop sangat mudah terbakar kalau sudah terlalu panas,,,,hati-hati ya.............
bahaya jugak nie.. tq sharing
bg lelaki laptop x elok letak atas riba..huhu
haha laptop ni mmg cepat panas....semoga pengguna2 laptop lebih berhati2 lepas ni...tapi kalau bilik ada aircond takde masalah sgt rasanya...
bahayanya....huhuhu
hana hadi - tau xpe.. anna pon takut dah...
Faridzuan - hihihih, tahu xpe..
aTieYusof Family - hahhaa, kena hati2 dah sekarang..
nuyui a.k.a miss YUI - ha, betul3.. :)
bredmart - betul sob.. :)
Ratu Hatiku - welcome :)
Nick Nashram - rasanya betul la kan..
Hatimi Tahirruddin - ha, anna pon rasa cmtu.. sebab x panas sangat kan..
Ahlam Miera Amirul Shafie - betul 2 ..:)
alamak ta selalu buat..tapi kalau panas alih jap.
TiranaAduka - bahaya tu..
reminder for myself.
sy follower #741. salam kenal :)
Nurfaezah Abdullah - salam kenal.. thanks dear.. anna follow u back k.. :)
Post a Comment
annamariana1989@yahoo.com